
Untuk membantu memecut pertumbuhan dunia fertigasi Rockmelon, Kami kini sedang mengusahakan dua lagi kawasan perladangan fertigasi Rockmelon.
1. Pertubuhan Peladang Kawasan Karak Setia, Bentong Pahang untuk kapasiti pengeluaran 25 matrik tan.
2. Projek Fertigasi Mega Kg Pela, Ajil Hulu Terengganu, Terengganu untuk kapasiti pengeluaran 35 matrik tan.
Dynamic Wans Enterprise
Agro Business Centre, Batu 24, 21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
Telefax 609-681 5446.
Email usahawantanidinamik@yahoo.com.my
Wednesday, March 11, 2009
Kami adalah sebuah entiti perniagaan yang terlibat secara total dalam aktiviti fertigasi berskala besar/mega (perladangan berkelompok) Rumah kalis hujan dan sistem fertigasi adalah dua keperluan utama dalam mengusahakan projek pertanian melibatkan kaedah fertigasi.Kualiti dan pengeluaran hasil tanaman dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah moden ini. Keadaan tapak/perladangan menjadi bersih,tersusun dan menepati garis panduan Amalan Pertanian Baik (APB) Jabatan Pertanian Malaysia.
Memang betul, kerana cintakan pertanian, telah pelbagai kursus kami hadiri. Selepas habis kursus, begitu juga semangat dan kemahuan kami juga turut tamat di situ. Berbeza dengan Bengkel Usahawantani Fertigasi anjuran Dynamic Wans. Saya begitu bermotivasi mengikuti kursus ini walaupun ianya hanya tiga hari dua malam. Saya dapat tumpukan sepenuh perhatian saya terhadap apa yang diajar, malah segala permasalahan dan persoalan yang saya hadapi diselesaikan secara praktikal. Tidak melampau jika saya katakan, pengetahuan yang saya timba di sini jauh lebih banyak daripada apa yang saya pelajari selama tiga tahun dahulu. Apa yang menarik dalam kursus ini, saya tidak mengalami sebarang tekanan kerana suasana kursus yang diatur begitu mudah untuk difahami. Apa yang paling penting ialah suara dan pandangan saya diambil kira. Kelainan yang paling ketara dalam kursus ini ialah keserasian yang terjalin antara kami seolah-olah kami sudah berada di dalam satu pasukan. Di hari pertama lagi saya sudah berani untuk membina impian saya dalam pertanian fertigasi Rockmelon. Saya kini lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk menjadi usahawantani dinamik tanpa tangguh lagi. Cinta pertanian saya kini kembali terjalin kerana kursus yang ada kualiti dan kredibiliti penganjur ditahap cemerlang. Inilah kursus yang saya harapkan selama ini dan terus terang saya katakan di sini, kursus lain-lain tu, memang “Gelap Gambor” saja
HTML clipboardHTML clipboard
| | Ingin Menjadi Usahawantani Dinamik?
Jangan Buang Masa Anda Bersama Kami.
Ada Jalan Mudah, Lagi Cepat dan Berjaya.
Kejayaan Anda, Impian Kami. | |
Hubungi Kualiti Kredibiliti.
Agro Business Centre, Batu 24, 21700 Kuala Berang,Hulu Terengganu, Terengganu.
Tuesday, October 28, 2008