Kembali Terjalin

Wednesday, March 11, 2009

Memang betul, kerana cintakan pertanian, telah pelbagai kursus kami hadiri. Selepas habis kursus, begitu juga semangat dan kemahuan kami juga turut tamat di situ. Berbeza dengan Bengkel Usahawantani Fertigasi anjuran Dynamic Wans. Saya begitu bermotivasi mengikuti kursus ini walaupun ianya hanya tiga hari dua malam. Saya dapat tumpukan sepenuh perhatian saya terhadap apa yang diajar, malah segala permasalahan dan persoalan yang saya hadapi diselesaikan secara praktikal. Tidak melampau jika saya katakan, pengetahuan yang saya timba di sini jauh lebih banyak daripada apa yang saya pelajari selama tiga tahun dahulu. Apa yang menarik dalam kursus ini, saya tidak mengalami sebarang tekanan kerana suasana kursus yang diatur begitu mudah untuk difahami. Apa yang paling penting ialah suara dan pandangan saya diambil kira. Kelainan yang paling ketara dalam kursus ini ialah keserasian yang terjalin antara kami seolah-olah kami sudah berada di dalam satu pasukan. Di hari pertama lagi saya sudah berani untuk membina impian saya dalam pertanian fertigasi Rockmelon. Saya kini lebih bermotivasi dan berdedikasi untuk menjadi usahawantani dinamik tanpa tangguh lagi. Cinta pertanian saya kini kembali terjalin kerana kursus yang ada kualiti dan kredibiliti penganjur ditahap cemerlang. Inilah kursus yang saya harapkan selama ini dan terus terang saya katakan di sini, kursus lain-lain tu, memang “Gelap Gambor” saja

0 comments